Isnin, 13 Februari 2012

SMS daripada Rasulullah (part 1)

Rasulullah SAW:
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dunia ialah wanita solehah".

                                                            (Hadis riwayat Muslim)
Kemuliaan Ada Dalam Diri....


Seorang ibu apabila mendidik dengan baik, insya-Allah pasti anak-anaknya menjadi pembela,penolng agama-Nya dan pembantu setia risalah-Nya. Anak-anak ini yentu akan mendoakan orang tuanya dalam sujud-sujudnya ketika sahur. sesungguhnya inilah nikmat teragung seorang ibu yang penuh kasih dan sayang.


Cukuplah kebanggaan kita sebagai seorang ibu. Lihat,betapa mulia seorang ibu bernama Aminah binti Abdul Mutalib yang telah menghadiakan seorang pemimpin agung dan rasul kepada umat manusia.


Ukhti,
sebenarnya anda mampu menjadi penyeru kepada kebaikan (dai'yah) terhadap kaum wanita di tempat anda. Serulah dengan kalimah yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajak mereka berbincang. Tunjukkan kepada mereka sikap ingin bersahabat. Kemudian hantarkan mereka menuju kepada risalah Allah SWT dan rasul-Nya yang mulia.


Sesungguhnya wanita solehah mampu melakukan sesuatu yang baik walaupun mungkin tidap dapat berkhutbah, berpidato, mengadakan kelas dan seumpamanya. Ada ramai wanita walaupun di ceruk-ceruk kampung begitu harum dan menjadi inspirasi kepada masyarakat sekitarnya. Dia juga menjadi insan teladan bagi anak-anak gadis dan wanita-wanita dewasa sekitarnya.


Itulah wanita yang penuh kefahaman agama termasuk mempunyai rasa malu, sentiasa menutup aurat, mempunyai akhlak yang baik, ada rasa kasih dan sayang terhadap jiran dan taat pada suami.

Tiada ulasan: