wanita yang baik adalah:
- mampu melahirkan anak
- besar cintanya
- pemegang rahsia
- kasih terhadap keluarganya
- patuh kepada suami
- berhias kepada suaminya
- bila bersendirian,dia patuh pada kehendak suaminya (Mafhum Hadis)
Online Dengan Allah SWT
" Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang yang beramal antara kamu,sama ada lelaki atau perempuan..." (Ali Imran:195)
Ayat di atas mendedahkan betapa Allah SWT telah menyediakan pahala yang agung. Oleh itu rebutlah dan bergembiralah!.
Allah SWT sediakan semua itu kepada kaum wanita, dan begitu juga untuk lelaki. Begitulah juga Allah SWT telah memuji kaum wanita, sama seperti terhadap kaum lelaki. Perhatikan FirmanNYa yang bermaksud:
''Sesungguhnya lelaki mukmin serta perempuan mukmin, dan lelaki yang beriman serta perempuan yang beriman, dan lelaki yang taat serta perempuan yang taat. dan lelaki yang benar serta perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar serta perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah diri(kepada Allah) serta perempuan yang merendah diri(kepada Allah),dan lelaki yang bersedekah serta perempuan yang bersedekah,dan lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kehormatannya serta perempuan yang menjaga kehormatannya, dan lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta perempuan yang menyebut nama Allah banyaak-banyak,- Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar." (al-Ahzab:35)
Ayat Allah SWT di atas jelas menunjukkan bahawa kita adalah pasangan kepada kaum lelaki. Ayat ini juga mendedahkan betapa pahala untuk anda ada tersimpan di sisi Allah SWT. Juga mendedahkan betapa banyaknya peluang untuk berbuat kebajikan yang banyak dalam rumahtangga dan masyarakat. Semua ini akan mendapat keredaan Allah SWT.
Oleh itu jadikan diri kita teladan yang baik.Jadilah diri kita pelita kepada anak-anak, umat dan bangsa!
Ramai individu teladan yang boleh dipilih. Antaranya ialah Asiah isteri Firaun, Maryam, Khadijah, Aisyah, Asma'dan Fatimah rah. Mereka dan yang seumpamanya adalah antara wanita-wanita yang terbaik lagi terpilh. Merka wanita yang taat, suka berpuasadan taat menunaukan solat. Mereka reda kepada Allah swt, begitu juga Allah swt reda terhadap mereka.
Laluilah jalan hidup tokoh-tokoh ini dan pelajari biografinya. Insya- Allah kita akan menemui kebaikan, kedamaian dan ketenangan.
Apabila sedih, gelisah dan gundah gulana, tiada yang lain melainkan ingatlah kepada-Nya. Derita yang dialami itu semata-mata ujian sekaligus penghapus segala dosa-dosa kecil kita.
katakan kita kehingan seorang anak, anak ini kelak menjadi syafaat di hadapan Allah swt. Ataupun anak kita cacat dan berpenyakit, biarpun berat bahu memikul namunterasa ringan dijiwa tatkala mengenangkan di sisi Allah swt tetap tersedia pahala.
Walaupun kelaparan, berpenyakit,miskin,dan sebagainya, semuanya Allah swt sediakan gaanjaran. Tiada seorang pun tidak diberikan imbanlan oleh-Nya. Sesungguhnya Dia sentiasa menyimpan dan menjaga kita. Alangkah adailnya Allah swt terhadap hamba-Nya!
"Sesungguhnya Allah swt itu apabila menyayangi sesuatu kaumnya maka Dia akan mendatangkan dugaan kepada mereka: dan barangsiapa reda dengan ujian itu dia akan mendapatkan keredaan-Nya: dan barangsiapaa membencinya maka akan memperoleh kebencian-Nya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan